Aug 24, 2010

top 10 kuih raya pilihan

ini sume mesti la ikut selera lidah dan tekak aku ni. hehehe. 


1. biskut sarang semut. rase dy memang menawan la kalau kene doh dy. fuhh. satu balang aku sorang je makan.


2. biskut semperit. kalau dapat yang rapuh dan tak manis sangat tu memang feberet la. layan je sebab cair kat mulut. ceh. macam coklat plak.


3. biskut arab. ini pon same jugak. kalau beraye kat rumah orang aku suka banding2 kan rasa kuih2 raye dorang.


4. biskut tart nenas. aish. tak kira la gulung ke tak gulung kan tapi tart nenas tetap jadi menu pilihan tuan2 rumah. tapi aku lebih prefer yang bakul. bukan gulung ye. doh tu bentuk can bakul pastu dalam dy ade inti and atas inti tu buat jaring kecik2 guna doh yang sama. comel sangat. kecik kecik dulu slalu buat. skarang tak dah.sob3 =(


5. cornflakes madu. ini semua orang tau. mudah dan cepat. manis madu tu yang terasa. bahan-bahan pon xde risau kotor2 baju ape. budak2 pon suka. jadi ape lagi cepat2 la buat stok untuk tetamu masa open house nanti ye.


6. kuih bangkit. kuih tradisional yang memang tak lupuk dek zaman. kadang kadang ade jugak orang panggil sebagai kuih bakar. lemak manis memang cukup sedap. kalau makan mesti nak simpan lama lama kat mulut tak nak telan. (habes sedap sangat la tu) hah! buruk gila perangai budak ni. 


7. biskut batang buruk. juga kuih yang menjadi turun temurun. dah susah jugak la nak jumpa yang sedap. kompem2 anak anak muda belia cam aku ni tak tau buat. tapi kalau beraya kat kampung tu memang kuih ni la aku capai dulu.


8. biskut makmur. sangat sedap kalau dapat yang gebu. canti sangat nampak. inti yang padat jugak sangat mempengaruhi rasa dy. nak blaja buat biskut ni one day nanti ye.


9. kuih putu kacang. huh. kuih ni memang susah nak buat. bahan bahan tak banyak guna tapi rumit nak gaul bagi rata dengan kne guna air suam apa bagi. siap kene jemur lagi. yang buat kuih ni mesti penyabar. jadi sangat respek opah aku. sangat suka makan sambil tengok tb sebab langut sangat. tak pasal2 abes satu taperware. kome jangan ikot pe'el buruk ni ye.




10. almond london. ramai yang minat tapi pada aku dah jemu. kebanyakan rumah ade biskut ni time raya mane tak jemu kan. dah la nak buat jadi kemas agk rumit la nak tggu coklat keras. dulu suka jugak tapi tidak lagi sekarang ni. mungkin sebab doktor dah tak bagi aku makan coklat kot.hehehe.

haa..korang suka kuih raye ape plak? ade tak yang termasuk dalam list aku? hik hik hik. awal sangat ke dah lambat buat review sal kuih2 raye ni. aku serta kan resepi2 kat bawah ni. semua aku amek kat internet je. takde resepi sendiri la.







BISKUT SARANG SEMUT


bahan-bahan
250 gm butter 
100 gm gula halus 
350 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur 
1 s/teh esen vanilla 
Sedikit coklat rice
Paper-cup kecil secukupnya



cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan tadi kedalam mangkuk kecil dan masukkan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice mengikut selera anda.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan jangan lupa simpan dalam bekas kedap udara ye. nanti masuk angin pulak.





BISKUT SEMPERIT


bahan-bahan
250g mentega
150g gula aising
1 biji telur
280g tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu tepung penaik
100g kismis
esen vanila


cara-cara
1. Pukul mentega bersama gula sampai kembang.
2. masukkan telur dan esen vanila. teruskan pukul okey.
3. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung kastard serbuk penaik, garam dan kismis ke dalam adunan. gaul sebati sehingga doh lembut.
4. gunakan acuan semperit untuk terapkan di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170C selama 15 minit.




BISKUT ARAB


bahan-bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau 



cara-cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpanla dalam balang kedap udara ye.
 






BISKUT TART NENAS


bahan-bahan
doh tart
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula



jem nenas:
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Hiasan:
Kuning telur



cara-cara
doh:-
Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.

jem nenas;-
Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
Oles kuning telur pada bahagian atas tart.

Bakar selama 15 minit / sehingga masak.







CORNFLAKES MADU


bahan-bahan
Cornflake - 2 kotak nestle corn flakes
Madu - 1 1/2 cawan
Gula - 1 cawan
Majerin planta - 1 cawan
Peanut butter - 1 1/2 cawan
Urai (colouring chocolate rice) - tabur
Cup kertas



cara-cara
Panaskan majerin.
Masukkan gula dan madu.
Kacau pelahan-lahan sampai gula hancur.
Masukkan peanut butter, kacau pelahan-lahan.
Tuangkan cornflakes dalam bekas yang besar.
Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah masak tu dalam cornflakes.
Kacau pelahan-lahan untuk rata sebatikan antara kedua-dua bahan.
Guna sudu kecil untuk masukkan cornflakes dalam cup kertas.
Taburkan chocolate rice kat cornflakes tu.
Masukkan kat dalam oven dalam 5 minit aje.
Dah masak.





KUIH BATANG BURUK


bahan-bahan
600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng



cara-cara
Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng.
Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.







KUIH BANGKIT


bahan-bahan
600 gram tepung ubi (sangai hingga kuning)
1 biji telur
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
Secubit garam
½ sudu kecil soda bikarbonat
Gula secukupnya



cara-cara
Masak santan bersama secubit garam sehingga pecah minyak. Matikan api.
Masukkan gula, telur dan soda bikarbonat ke dalam santan. Gaul rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi lembut.
Canaikan adunan dan terap mengikut bentuk yang disukai.
Aturkan ke dalam dulang dan bakar hingga masak.





BISKUT MAKMUR


bahan-bahan
doh;-
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]
inti;-

300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Gula icing (untuk salut)



cara-cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.
 







KUIH PUTU KACANG


bahan-bahan
1 kg kacang hijau
1 kg gula halus
250 gram air



cara-cara
1.Masak gula bersama air hingga gula cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan sejuk.
2.Sangai kacang hijau hingga wangi dan masak.
3.tumbuk dan tampi untuk asing kan kulit kacang.
4.kisar kacang hijau sampai halus.
5.Ayak kacang yang dah kisar tadi kedalam air gula yang dah sedia tadi.
6.Kacau hingga rata dan sebati
7.Biarkan selama 3jam.
8.Bentukkan putu mengikut acuan pilihan anda dan jemur sehingga kering.




ALMOND LONDON


bahan-bahan250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.




cara-cara
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.

3 comments:

MahaMahu said...

Sedap menu hari ini.. Jom menang duit raya tanpa click nuffnang senang jer...

Musliza Hasni said...

salam,
sume kuih ni sumer favorite akak (",)
Pandai awk pilih..

lilnaldo said...

Sedap semua resepi yang diberikan tuah.teruja plak tengok..

free to click

klik klik