Apr 1, 2011

tips/cara hilangkan jerawat sangat cepat berkesan

 walaupun ramai yang cakap jerawat tu normal but still ramai je yang pandang orang berjerawat ni seblah mata je.  jahat amat kan orang macam ni bila kena kat diri sendiri baru padan muka dia.

lecturer aku cakap perempuan kalau naik jerawat mesti sebab hormon manakala (gila sastera ayat aku) lelaki pulak sebab kebersihan. okey perempuan yang ade jerawat tu gatal la ye? tapi memang ramai kot kawan kawan yang akan ade jerawat setiap kali datang  pms naik la sebijik dua bertenggek atas muka. tempat pon memang strategik la dia pilih atas idung dan tengah tengah dahi. fuhh kesian kalau sujud tu memang menahan saja laa. sakit kot.

dah lama aku tak update blog pastu tiba2 rasa nak share segala tips bagai. ini saja nak buat entry yg berguna n serius sikit selain personal sebab masuk dalam mimpi aku malam tadi so aku dapat ilham laa. kih kih kih.

mari baca mana tahu boleh cuba and kot kot berkesan pada korang jugak.



1. cuci muka at least 2 kali sehari. ini sangat penting la sebab persekitaran kita kotor, asap debu kuman semua melekat kat muka tuh. if possible tengahari pon cuci ye. cuci lembut2 je jangan la tenyeh kuat2 ko ingat ko basuh baju ke? baik tonyoh berus besi je kat muka tuh. ish3 kalau kulit bermasalah guna elok gunakan cleanser khas untuk acne/oily skin. lagi baik cari yang antibacteria punya macam T3. kebanyakan orang yang ada masalah jerawat ni jenis kulit berminyak so kena pandai2 la jaga muka sendiri ya.


2. kerap tukar towel muka sekali atau dua kali seminggu. kalau rajin sangat setiap hari pon boleh la untuk korang korang yang ada mesin basuh sendiri and maid yang serve kan untuk korang. korang mesti ade tuala muka khas untuk muka saja tau. jangan guna towel yang sama nak lap muka guna kat badan dan rambut. guna asing asing sebab kulit kepala kita ni keluarkan minyak/sebum so nanti minyak tu dari lekat kat towel terus transfer melekat kat muka korang dan menambah perisa minyak kat muka tu. memang cukup rasa larh.


3. gunakan sunblock sebelum keluar rumah pada siang hari. ini memang penting sebab matahari sekarang ni macam memberontak. memancarkan sinar yang terik mghitamkan kulit. aku dulu awal2 dok melakak ni memang tak biasa dengan cuaca yang terik camni. panas tepi laut kot. dah la aku jenis tak pakai ape2 so kulit aku kena matahari direct jadi nipis, kemerahan dan macam nampak salur darah. uish seram. untuk kulit berjerawat pakai la sunblock khas untuk acne. dulu aku pakai hamilton ni doktor yang suggestkan. guna SPF lagi tinggi lagi bagus. 1 spf tahan dalam 10 minit je. jadi kalau SPF 30 lebih kurang 300 minit = 5jam. kalau pakai pukul 8 pagi hanya berkesan sampai kul 1petang je. jadi kalau rasa lama nak berpanas tu gunakan spf yang lebih tinggi.



4. jangan guna produk2 sebarangan. semua produk nak dicuba kononnya berkesan la hebat la ape la. sedangkan kita tak tahu benda tu sesuai atau tak dengan jenis kulit kita. jangan gatal2 tukar produk suka hati nanti kalau jadi lagi teruk macam mana. ish3 lagi satu nak kasi tau, selalu nak hilangkan pimple ekspress time skola dulu guna oxy5 atas saranan kawan2 yang bertauliah. tapi mereka kata kalau nak lagi cepat kesannya guna oxy10. dan sekarang baru aku tau yang oxy10 sangat kuat n tajam yang hanya untuk jerawat pada kulit badan sahaja (belakang badan dll). nasib baik aku guna skali dua ja. padah dengar cakap pharmacist tak bertauliah.


5. jangan pakai compact powder. walaupun kat situ dia tulis kurang minyak tapi compact powder ni still content banyak minyak. tak sesuai untuk orang berjerawat. sponge/span compact powder pulak kena la selalu tukar 2 minggu skali. bila sapu bedak tu pada jerawat dia akan menambahkan sebum yang sedia ada pada kulit yang mnjadikan jerawat korang makin worse. lepas tu span yang sama korang guna untuk rata bedak seluruh muka, maka dengan itu jerawat tersebut gembiranya berhijrah ke kawasan lain. hidung dahi pipi dagu semua jadi sasaran. kalau korang degil macam aku korang guna la loose powder. susah susah tepek je bedak baby tu konpem sesuai untuk semua jenis kulit kan kan kan.


6. guna bedak sejuk. sesekali berguna jugak produk orang dulu dulu ni. sangat bagus tau sebab boleh kurangkan minyak dan keringkan jerawat kecil. ada jugak yang cakap pakai bedak sejuk boleh memutihkan muka, menegangkan kulit dan mengurangkan bintik bintik kecil ruam pada dahi bagi yang allergy pada panas dan peluh. setahu aku orang yang kulit sensitif pon sesuai dan takde side effect bedak sejuk ni. pakai sekejap dalam 15-20 minit pon dah cukup. amalkan selalu okey.

7. jangan scrub muka berjerawat. dulu aku bila naik satu jerawat je aku cepat cepat cuci muka pakai scrub sebab tak tahu apape pasal penjagaan muka ni. scrub ni tajam dan kasar tau tak sesuai untuk kulit yang berjerawat sebab nanti dia akan terukkan lagi jerawat tu dan merebak ke tempat lain. bila apply scrub kat muka atas jerawat tu takda rasa pedih ke? grrr mungkin rasa macam kena sagat pada jalan tar. agaknye laa
           



8. gunakan produk yang kurang minyak. tak kira la toner, moisturizer, make up base, night cream skali pon guna yang kurang minyak tau. nak cari yang takde minyak langsung memang mustahil laa kan. jadi kalau boleh kurangkan. okey! mulai sekarang cari yang water based and say no to oily based.

9. jangan sentuh muka guna tangan. kalau sentuh pun waktu wuduk, cuci muka, nak apply krim kat muka. make sure tangan tak kotor. bawak hand sanitizer ke mana mana supaya senang sebab public toilet ni kotor nak mati. bila tangan kotor tu mula la gatai nak pegang muka kan. ish geramm. kalau nak pegang jugak muka tu lapik dengan tisu contoh macam nak lap peluh. bila naik pimple time2 tu jugak la jari ni gedik gedik nak picit jerawat yang timbul. tak pasal pasal berparut pulak nanti. kalau terdesak sangat gatal pipi ke atau terlalu degil macam saya, sila guna belakang tangan tapi bukan tapak tangan tau belakang tangan. jari lagi la tak boleh sebab kat situ lagi banyak kuman kotoran segala bagai. kalau sanggup guna kaki, silakan.

10. makan supplement vitamin C ini baik untuk kulit selain penambah tenaga harian kita. ape salahnya beli ni bukan mahal pun untuk dapatkan kulit yang cantik betul tak? jika kulit anda berjerawat jangan ambil supplement vitamin E tau nanti jerawat makin naik adalah sebab vitamin E ni oily based. mampu hilangkan parut tapi sesuai untuk orang yang sudah tiada jerawat tapi nak hilangkan parut saja. EPO evening primrose oil ini boleh ambil as supplement untuk perempuan shja ya. dose dia berbeza mengikut fungsi dia. sebiji sehari untuk tambah selera makan (nak gemuk). 2 biji sehari untuk yang bermasalah kulit. 3 biji sehari untuk stabilkan hormon (yang period kadang2 datang tapi selalu tak datang). 4 biji sehari untuk yang nak kurus. rasa macam doktor pulak(-.-") .

 






11. tawakal. kalau produk tu berkesan macam mana pun kita still perlu syukur pada Allah sebab Dia yang memulihkan kita. jangan cakap yang jerawat ni hilang sebab guna produk ni la pakai produk tu la. aku penah kena marah ngan mama sebab cakap yang satu krim tu miracle gila sgt effective la. pakai skejap je jerawat dah kecut tapi takleh cakap camtu. ingat yang itu semua kuasa Allah jadi jangan terlalu bergantung harap pada produk tau. niat kita pon kena baik. bila niat baik insyaallah semuanya lancar. mama suruh aku doa banyak banyak, ya Allah ya tuhanku, Engkau cantikkanlah akhlakku sebagaimana Engkau mencantikkan wajahku agar aku sentiasa hampir denganMu. amin.


pics credit to pakcik google.

cukup la tuh aku da tak larat nak taip nih
semua ni based on my own experience and doctor advice
aku hanya nak share sikit2 yang aku tahu
benda ni takkan berubah skelip mata mcm doremon
so kena banyak sabar tau tau





aku tak tau asal aku suka minah ni


p/s; baru ku sadar yang entry ni panjang berjela
p/s/s; this is a scheduled post. so time korang baca nih mungkin aku tengah study or tengah jawab test. aku ade 2 test ari jumaat. 

sekian

adios amigos

30 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

eh eh berkesan lah.
thanks for the tips!

Alin said...

boleh jd farmasi nie. ahakz! *gurau2*

AmyZa'aba said...

jgn lah suka minah atas tue..,] sayerk dah suker dulu..,]huh

izyan genit said...

@syed ahmad fathi; mak aih. hebat ni terus bkesan ek? hahaha

izyan genit said...

@alin; ish3 jgn gtau org lain. hehee

izyan genit said...

@amyZa'aba; eh3 dia saya punya la. saya tak mao share2

Nor atau Nad dia maseh NADIRAH said...

nak try makan vit c pulak
:)
thnx kongsi tip

izyan genit said...

@nad; hehe try la. it works to me =)

✿...fazilahpajil...✿ said...

wow best la...

mac said...

tip sgt berguna buat awek ku ..lol :)
btw , nice blog ...kep it up !

Anonymous said...

awal yang baik

LIYANA MASTURA said...

Thanks for the tip!:)

Anonymous said...

bg tips kecilkan paha n pinggul pulak. tq. (:

Anonymous said...

Terima kasih untuk tips EPO tu.. Aku makan sebijik sehari patutla selera bertambah.

Anonymous said...

org yg keje kat farmasi tak penah bgtau pon primrose tu kalau makan lain-lain dose,fungsinya akan jadik lain2...huh...patutla x effective selama ni...

Anonymous said...

selok mu ni !

NurAisyah said...

wah.. maceehh sharing pasal ni. memang berkesan :')

su said...

wahh hebat cik adik farmacist nih.. bleh guna tips nih.. akak ada vit C n GLA
(lebih hebat dr EPO) natural.. jom jalan2 ke www.ilhamfamilysihat.blogspot.com

ANGE said...

Br tau vit e xleh mkn utk yg bjerawat.

ANGE said...

Br tau vit e xleh mkn utk yg bjerawat.

Emmy Natiella said...

lahh makan sehari sekali pattla asik nk makan jekkk! hahah

Anonymous said...

Excellent blog here! Also your web site loads up very fast!
What host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
I wish my web site loaded up as fast as yours lol

my page; Roberto Mainguy

Shaqirah said...

Nak cuba la .. Thank for the tips ^^

Anonymous said...

Very good blog post. I certainly love this site. Keep it up!


Feel free to visit my homepage - top web hosting services

Anonymous said...

It's really a great and helpful piece of info. I'm glad that you just shared this helpful information with us.
Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.


Here is my weblog dbook.herobo.com

Anonymous said...

This excellent website certainly has all of the information and facts I needed about this
subject and didn't know who to ask.

Feel free to surf to my weblog - vakantiehuisje ()

Anonymous said...

This article is in fact a fastidious one it helps new web
users, who are wishing in favor of blogging.


Check out my web site best hair products ()

Anonymous said...

Hi there! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?
I'm kinda paranoid about losing everything I've worked hard on.
Any recommendations?

Also visit my homepage: forex expert advisors

Anonymous said...

Does your blog have a contact page? I'm having trouble locating it but, I'd like to shoot you an email.

I've got some ideas for your blog you might be interested in hearing. Either way, great blog and I look forward to seeing it improve over time.

Have a look at my weblog ... trade options online :: musicchannelnetwork.com ::

Anonymous said...

It's a pity you don't have a donate button! I'd certainly donate to this outstanding blog! I guess for now i'll
settle for book-marking and adding your RSS feed to my Google account.

I look forward to new updates and will share this blog with my Facebook group.
Chat soon!

Here is my website luxe vakantieparken frankrijk **

free to click

klik klik